Friday, February 5, 2010
Tuesday, January 19, 2010
Ucapan Kami Berdua...
at 10:39 PM
Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Teacher Farizah dan Cikgu Munir yang telah banyak membantu kami berdua untuk membina blog ini.Tidak lupa juga kepada Exxon Mobile kerana telah menaja Bengkel Pembinaan Blog ini.
Piagam Sekolah
at 7:54 PM
PIAGAM SEKOLAH
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BAYAS, KUALA TERENGGANU.
Kami akan berusaha membantu pelanggan kami dengan saksama dan terbaik melalui sikap dan perkhidmatan terbuka berdasarkan prinsip :
• BERBAKTI UNTUK KEREDHAAN ALLAH.
• BERTINDAK SECARA IKHLAS DAN TERBUKA.
• BEKERJA SECARA BERPASUKAN.
• BERUSAHA MENINGKATKAN MUTU KHIDMAT.
• BERJANJI AKAN MENGAMBIL CAKNA.
• BERSEDIA MENERIMA TEGURAN MEMBINA.
• BERTAWAKAL KEPADA ALLAH.
Maklumat Profil SK Bukit Bayas
at 7:06 PM
MAKLUMAT PROFIL
SEKOLAH AHLI PUSAT KEGIATAN GURU BUKIT BESAR ONLINE
KUALA TERENGGANU
SK BUKIT BAYAS
Maklumat Pentadbiran Sekolah
Kod Sek: TBA3095
Gred: A
Alamat: GURU BESAR, SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT BAYAS,
21100 KUALA TERENGGANU.
No Tel: 09-6311748
No Fax: 09-6312360
E-mail: -
Lamanweb Sekolah: -
Nama Guru Besar: PUAN ROHAYA BINTI IBRAHIM
Nama Guru PK1: KAMARIAH BINTI OTHMAN
Nama Guru PK2: PUAN TEH BINTI DERAMAN
Nama Guru PK3: ENCIK TAN SUAY SAENG
Enrolment Sekolah
Bil Guru Lelaki: 8 Bil Guru Perempuan: 20
Bil Murid Lelaki: 140 Bil Murid Perempuan: 157
Nama Penyelaras PSS: SAFIAH BINTIMOHD NOOR
No KPPenyelaras PSS:
Tarikh Dilantik:
Pengalaman Penyelaras PSS: 4
Nama Guru BTayangan: SAFIAH BINTI MOHD NOOR
No KPGuru BTayangan: 720816-01-517
Pengalaman Guru BTayangan: 1
Nama Guru BABM: CHE ASIPAH BINTI CHE ALI
No KPGuru BABM: 640525115392
Pengalaman Guru BABM: 3
Nama Guru Nilam: MASNI BINTI ISMAIL
No KPGuru Nilam: 641031115194
Pengalaman Guru Nilam: 4
Analisa Bahan Di PSS
Bil Buku: 3000 Bil CDAudio: 50 Bil CDri BTP: 30
Bil CDSmart School: 0 Bil CDEtems: 0 Bil VCD: 1
Bil Pita Kaset: 0
Sejarah Sekolah...
at 5:09 PM
Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas, Kuala Terengganu telah dibina pada tahun 1998 di atas tanah bendang di Kampung Seberang Baruh bersebelahan Kampung Bukit Bayas.
Pada awalnya murid sekolah ini ditumpangkan di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dengan bilangan kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 4 dengan keramaian murid seramai 210 orang dan 23 orang guru.
Pada tahun 1999, setelah bangunan sekolah siap dibina baharulah semua murid dan guru dipindah ke sekolah ini dengan prasarana dua blok bangunan, sebuah kantin dan dua padang permainan.
Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas ini di kelilingi oleh beberapa buah kampung kecil yang lain iaitu Kampung Sungai Derhaka, Kampung Laut, Kampung Gelong Bilal dan Kampung Bukit Depu. Sekolah ini juga berhampiran dengan beberapa buah sekolah rendah yang lain antaranya SK. Tengku Bariah, SK. Pasir Panjang dan SK. Kg. Bukit. Semua sekolah-sekolah ini mempunya keramaian murid yang jauh lebih ramai dari sekolah ini.
Suasana persekitaran perkampungan ini sedikit sebanyak mempengaruhi budaya murid-murid sekolah ini. Keadaan yang jauh dari keriuhan bandar dan kenderaan memberi ketenangan kepada guru-guru dan murid-murid seterusnya menjadikan sekolah ini amat selesa untuk mengajar dan belajar. Tingkahlaku murid-murid di sini tidak agresif, sopan santun dan mendengar kata menyebabkan prestasi mereka meningkat dan memudahkan berbagai aktiviti dijalankan.