Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas, Kuala Terengganu telah dibina pada tahun 1998 di atas tanah bendang di Kampung Seberang Baruh bersebelahan Kampung Bukit Bayas.
Pada awalnya murid sekolah ini ditumpangkan di Sekolah Kebangsaan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dengan bilangan kelas dari Tahun 1 hingga Tahun 4 dengan keramaian murid seramai 210 orang dan 23 orang guru.
Pada tahun 1999, setelah bangunan sekolah siap dibina baharulah semua murid dan guru dipindah ke sekolah ini dengan prasarana dua blok bangunan, sebuah kantin dan dua padang permainan.
Sekolah Kebangsaan Bukit Bayas ini di kelilingi oleh beberapa buah kampung kecil yang lain iaitu Kampung Sungai Derhaka, Kampung Laut, Kampung Gelong Bilal dan Kampung Bukit Depu. Sekolah ini juga berhampiran dengan beberapa buah sekolah rendah yang lain antaranya SK. Tengku Bariah, SK. Pasir Panjang dan SK. Kg. Bukit. Semua sekolah-sekolah ini mempunya keramaian murid yang jauh lebih ramai dari sekolah ini.
Suasana persekitaran perkampungan ini sedikit sebanyak mempengaruhi budaya murid-murid sekolah ini. Keadaan yang jauh dari keriuhan bandar dan kenderaan memberi ketenangan kepada guru-guru dan murid-murid seterusnya menjadikan sekolah ini amat selesa untuk mengajar dan belajar. Tingkahlaku murid-murid di sini tidak agresif, sopan santun dan mendengar kata menyebabkan prestasi mereka meningkat dan memudahkan berbagai aktiviti dijalankan.
0 comments:
Post a Comment